Quantcast
Channel: First Day Cover | Speedrider Networks
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Penang Free School 150 Tahun

$
0
0

Seingat aku, ini adalah kali pertama aku menerima pakej sampul daripada Amerika Syarikat. Sampai hari ni aku pening kenapa gunakan nama Amerika Syarikat, tapi bukan Negeri-Negeri Bersekutu Amerika? Tak kisahlah apa pun, asalkan Amerika.

 

Pakej daripada California tu sebenarnya adalah set 2 keping setem bernilai muka 50 sen dan 20 sen yang dikeluarkan pada tahun 1966 khas untuk keluaran sampul surat hari pertama Penang Free School 1816-1966 (150 tahun).

 

Victoria Institution, the premier school of Malaysia, has a proud past and a glorious history. It was opened 116 years agoin 1893 on the bank of the Klang River in High Street, Kuala Lumpur. It is the oldest English school in the Malay States and at first provided instruction to boys between the ages of 6 and 19. – Profail VI

Aku tak pasti kenapa Jabatan Warisan Negara telah mengiktiraf bangunan Victoria Institution sebagai “Mengangkat butiran warisan yang terpilih sebagai Warisan Kebangsaan” pada 14 Februari 2009 [boleh tengok di laman web Jabatan Warisan Negara] Sedangkan bangunan Penang Free School yang asal (sekarang Muzium Negeri Pulau Pinang) lebih tua daripada bangunan VI.

In 1962, action was taken by the State Government to secure a suitable place. The acquisition of the present building, which once housed the Penang Free School (1821 – 1927) and then the Hutchings School (1928 – 1960) was inspired by the late Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj who wished to preserve this dignified old building where he and many leading citizens had been pupils. – Penang State Museum

Cubalah masuk laman web Jabatan Warisan Negara dan cari Penang Free School ataupun Muzium Negeri Pulau Pinang, hampa beb!

 

Penang Free School mempunyai sejarah yang panjang untuk diceritakan. Walaupun aku sendiri adalah seorang Old Free (aku berdaftar dengan OFMA, dengan OFA belum), rasanya aku tidak mampu untuk menceritakan dengan lengkap tentang sejarah penubuhannya. Sejujurnya, sahingga hari ini aku terkesan dengan pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan status “Sekolah Tertua” yang diberikan kepada Victoria Institution sehingga ia mengundang pelbagai perdebatan hangat dari rata-rata bekas pelajar, ahli akademik, orang biasa mahupun sejarawan yang arif dengan sejarah Penang Free School. Antara perdebatan online yang menarik ialah di forum Lowyat.net; memang menarik perbincangannya.

 

Datangnya idea untuk mencari set setem di atas adalah kerana FDC ini. Sampul surat hari pertama ni adalah pemberian kawan aku, Muhammad Arif; yang juga adalah peminat dan pengumpul bendalah-bendalah seperti ni. Harga sampul surat ini seperti yang Arif berikan adalah “secawan kopi”. Settle!

Setelah menyimpan 1st day cover (FDC) ni, terfikir jugak aku bagaimana dengan koleksi setemnya? Setelah beberapa carian google dibuat, ternyata set setem yang dikeluarkan sekali ialah set bernilai muka 20 sen dan 50 sen. Carian lain mendapati tiada FDC Penang Free School 1816-1966 yang dicop tarikh dengan logo khas. Mungkin pada tahun 1966, set setem dan FDC dikeluarkan secara berasingan (seperti sekarang juga) cuma tiada set yang dilekatkan bersama beserta dengan cop tarikh keluaran (seperti keluaran sekarang). Carian setem tersebut di eBay menemukan aku dengan Richard La Botz, yang nyata pengumpul setem dan filateli tegar. Dan yang seronoknya, akhirnya setem yang berasal dari Malaysia, berada di tangan pengumpul filateli di California, sekarang sudah kembali berada di tangan aku, anak jati Pulau Pinang dan bekas pelajar Penang Free School. Aku puas!

Aku tak pasti nanti zaman anak-anak aku benda-benda filateli seperti ni akan terus diminati ataupun tidak. Antara koleksi gambar lain sepanjang entry ni ditulis, sila klik untuk tengok:

Stamps From California FDC Penang Free School 2 Penang Free School Stamps Set Package From California Richard La Botz Stamps Stamps cover 2 Penang Free School Stamps 50 cents FDC Penang Free School Stamps cover Package From California  2 Richard La Botz Stamps 2 Penang Free School Stamps 20 cents

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3